Wednesday, May 30, 2012

New Cover Buku


"don't test but teach" khusus kepada guru-guru dan semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung kepada pelajar berkeperluan khas. Sewajarnya sesuatu tindakan yang akan dijalankan tidak hanya sekadar mencuba dan merancang itu dan ini semata-mata, pengajaran mendidik diperlukan untuk membantu pelajar kelainan upaya agar tidak berada di takuk yang lama. Mendidik lebih ditakrifkan kepada pengajaran yang berkesan dan memberi hasil yang dapat dilihat dan tidak kepada dakwat hitam dan tutur bicara. Motivasikan diri anda dengan pemikiran dan tindakan yang betul. Selamat membaca.

Tuesday, May 29, 2012

Esei Kumpulan



SARJANAMUDA PENDIDIKAN DENGAN KEPUJIAN (PENDIDIKAN KHAS)

SEMESTER 2 SESI 2011/2012

GGGE2153 TEKNOLOGI PENDIDIKAN

TUGASAN :
ESEI: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI INTEGRASI ICT DI DALAM BILIK DARJAH. IMPLIKASI TERHADAP GURU PENDIDIKAN KHAS.

DISEDIAKAN UNTUK :
MEJAR MOHD JASMY ABD. RAHMAN

DISEDIAKAN OLEH :
NURFARHANA BINTI ALIAS (A131444)
SITI ROHAYAH BINTI NGALIMI (A133041)
ANIS BALQIS BINTI ABDUL RAHIM (A133175)
NURUL HAFIDFAH BINTI SARBINI (A133397)
NURUL ZAHIDAH BINTI AZMI MURAD (A133398)

ISI KANDUNGAN                                                                                       MUKA SURAT
1.0 Pendahuluan                                                                                                       02
2.0 Latar Belakang                                                                                                  03
3.0 Penyataan Masalah                                                                                           04
4.0 Kaedah Kajian                                                                                                   04
5.0 Data Analisis                                                                                                      06
6.0 Dapatan Kajian                                                                                                  09
7.0 Perbincangan dan Saranan                                                                                18
8.0 Kesimpulan                                                                                                         20
9.0 Rujukan                                                                                                               21


1.0 Pendahuluan
Peranan pendidikan pada hari ini boleh dikatakan amat mencabar kerana adanya tanggungjawab besar bagi melaksanakan dasar penggunaan IT dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) sejajar dengan perubahan era ICT. Perkembangan ICT ini menjanjikan potensi besar untuk mengubah cara seseorang belajar, cara memperoleh maklumat, cara menyesuaikan maklumat dan sebagainya. Menyedari kepentingan ICT ini, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengambil beberapa langkah dalam mengintegrasikan penggunaan ICT dalam proses P&P di semua peringkat sekolah. Pendidikan khas juga tidak terkecuali dari tempias perkembangan ICT dalam proses P&P. Beberapa perkara perlu dipertimbangkan oleh guru dalam mendidik pelajar khas. Ini kerana pendekatan penerimaan pembelajaran mereka berbeza dengan pelajar tipikal.
Penggunaan komputer semakin penting dalam menjana dan memperkembangkan idea dan kreativiti para pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks ini, globalisasi menyebabkan wujudnya konsep dunia tanpa sempadan, konsep liberalisasi maklumat, konsep pembelajaran global, konsep perubahan global dan sebagainya (Abd. Rahim, 2005). Perkembangan pendidikan baru dalam pengetahuan ICT memerlukan anjakan peranan pendidikan dan profesion keguruan. Negara membangun memerlukan lebih ramai guru yang mempunyai pengkhususan bidang pengetahuan komunikasi maklumat (ICT). Latihan pendidikan guru juga memerlukan perubahan paradigma bagi melahirkan guru-guru yang berkelayakkan dan berkebolehan mendidik dan membangunkan masyarakat dan negara.
Untuk menjayakan pelaksanaan penggunaan IT  lebih berkesan, kemudahan infrastruktur ICT perlu disediakan dan dirancang dengan baik. Kemudahan ICT dapat membantu perlaksanaan kurikulum dengan berkesan. Pembelajaran bukan lagi tertumpu dengan kaedah pengajaran di bilik kuliah semata-mata. Penggunaan teknologi ICT perlu dieksploit sepenuhnya supaya memberikan kesan yang positif dalam pembelajaran pelajar. Penggunaan modul pembelajaran dalam bentuk CD-ROM, multimedia, simulasi dan sebagainya memerlukan prasarana yang bersesuaian.

2.0 Latar Belakang
Perkembangan dunia teknologi dan telekomunikasi serta projek Multimedia Super Corridor (MSC) telah menempatkan Malaysia dalam hubungan global antara negara-negara maju di dunia. Pelbagai usaha telah dijalankan untuk memaksimakan penggunaan ICT dalam mentransformasikan masyarakat Malaysiakepada masyarakat bermaklumat (knowledge based society). Kemajuan teknologi internetdan multimedia begitu menonjol dalam sektor awam dan swasta.
Persaingan masyarakat dunia yang lebih hebat dalam abad ke 21 dan perubahan kearah masyarakat bermaklumat menimbulkan cabaran baru kepada institusi pendidikan. Bagi mencapai matlamat Wawasan 2020 dan mewujudkan masyarakat bermaklumat, maka inisiatif untuk mengintegrasikan penggunaan ICT dan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) adalah perlu.Teknologi maklumat dankomunikasi telah mengubah cara hidup manusia untuk berkomunikasi, bekerja serta menjalankan urusan perniagaan. Oleh sebab itu, cabaran ini membawa kepada implikasi yang besar dalam P&P dalam bilik darjah dan juga bidang penyelidikan. Prasarana telekomunikasi dansistem maklumat berasaskanmultimedia membenarkan pelajar berinteraksi secara aktif dengan maklumat secara sinkroni atau asinkroni.
Melalui intergrasi ICT beberapa perubahan dan pendekatan proses P&P yang berlaku. Antaranya ialah perubahan fokus daripada pengajaran berpusatkan guru kepada pengajaran berpusatkan pelajar dan ini bermakna pelajar menjadi fokus kepada aktiviti pembelajaran yang berorientasikan kepada proses penerokaan dan penemuan berdasarkan teori konstruktivisme. Pengenalan kepada ICT telah membawa kepada sikap yang positif di kalangan pelajar.Elemen yang penting dalam mengintegrasi teknologi ialah pemahaman guru terhadap isi pengajaran dan implikasi berhubung dengan teknologi.Penggunaanteknologi mesti digabungjalin bersama kaedah pengajaran. Guru perlu mengintegrasiICT untuk memberi nilai tambah kepada aktiviti P&P.  
Integrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran perlu dilihat dari perspektif yanglebih luas iaitu menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan dalam P&P (Pusat PerkembanganKurikulum, 2001). Matlamat utama mengintegrasi ICT dalam kurikulum adalah untuk membantu murid memperkembangkan kebolehan dari segi mengguna, mengurus danmemahami ICT.Namun begitu kehadiran ICT sahaja tidak dapat membantu proses transformasi ini.

3.0 Penyataan Masalah
Penyataan masalah bagi penulis adalah sesuatu yang sangat penting kerana ia adalah penanda aras dan rangka yang akan kita tuju selain menentukan samada kajian ini sudah mencapai segala yang ingin dikaji. Antaranya:
        i.            Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi integrasi ICT dalam bilik darjah.
      ii.            Implikasi integrasi ICT terhadap guru pendidikan khas.

4.0 Kaedah Kajian
Kajian ini merupakan kajian deskriptif berbentuk tinjauan dan juga pemerhatian. Menurut Mohd Majid (1994), kaedah deskriptif adalah sesuai digunakan dalam penyelidikan yang bermatlamat untuk menerangkan sesuatu masalah atau fenomena yang sedang berlaku.
Temubual dan pemerhatian dilakukan untuk melihat secara tepat dan secara langsung. Apakah pendapat bakal guru Pendidikan Khas tentang faktor-faktor yang mempengaruhi integrasi ICT dalam bilik darjah dan apakah implikasi terhadap guru pendidikan khas. Soalan temubual merupakan salah satu instrumen yang digunakan dalam kajian ini. Ianya digunakan bagi mendapatkan data yang berbentuk kualitatif untuk membantu penyelidik menyokong analisis integrasi ICT ketika proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Pemerhatian diperlukan untuk mendapatkan maklumat tambahan. Menerusi proses pemerhatian, penyelidik boleh menghubungkaitkan antara penemuan yang diperolehi dengan proses temubual (Merriam, 2001). Dalam kajian ini, penyelidik akan melakukan pemerhatian semasa latihan Mengajar dalam subjek Kurikulum dan pedagogi. Ini untuk melihat secara lansung dan secara dekat teknik yang mereka gunakan untuk pengamalan penggunaan ICT semasa mengajar dalam bilik darjah.
Dalam kajian yang dilakukan ini, penyelidik telah memilih sampel daripada kalangan bakal guru-guru pelatih UKM yang sedang menjalani latihan mengajar di sekolah menengah yang berdekatan. Disebabkan penyelidik perlu menjalankan temubual dan pemerhatian secara individu dan terperinci, jadi hanya lima orang responden dipilih sebagai sampel kajian ini. Sampel kajian adalah bakal guru-guru pelatih pendidikan khas.
Instrumen kajian adalah pemerhatian dan soalan temubual. Pemerhatian merupakan salah satu teknik yang boleh digunakan untuk mengesan kecerdasan pelbagai responden secara langsung. Manakala temubual pula sesuai digunakan untuk mendapatkan data dari responden secara lansung dan terperinci (Mohd Najib, 1999). Temubual dan pemerhatian adalah untuk mendapatkan maklumat lengkap daripada responden mengenai kelebihan dan kelemahan serta kekangan yang dihadapi dalam penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.

5.0 Data Analisis
Berdasarkan soal selidik diatas yang berkaitan dengan kefahaman tentang ICT semua responden menjawab ICT adalah yang berkaitan dengan internet dan komputer. Dapat ditafsirkan bahawa semua responden mempunyai pengetahuan tentang ICT.  Untuk analisis seterusnya ialah sumber-sumber ICT yang digunakan dalam P & P. Kelima-lima respon bersetuju bahawa sumber utama yang digunakan oleh kebanyakan guru ialah power point dan video. Berdasarkan jawapan yang diberi menunjukkan guru-guru ini pernah menggunakan sumber terbabit sewaktu membuat latihan mengajar. 
Menerusi analisis yang dikaji, keseluruhan responden bersetuju bahawa penggunaan ICT mampu meningkatkan keberkesanan dalam P&P. Hal ini seiring dengan dasar pendidikan yang menyarankan penerapan teknologi ini sebagai medium pengajaran yang berkesan. ICT sebagai perantara dapat memudahkan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran, dimana ICT mampu menarik perhatian pelajar, sekaligus mampu memudahkan penerangan dan pengekalan ingatan jangka panjang.
ICT mempunyai kelebihan yang ketara terutamanya dari segi kepelbagaian kaedah pengajaran mampu memberi impak yang baik terhadap penerimaan pelajar. ICT bersifat global, mudah diakses bagi menarik perhatian pelajar dan mewujudkan kumpulan pelajar yang saling berkomunikasi dan kolaboratif. Di samping itu juga, ICT mampu meringankan bebanan guru dan memudahkan kefahaman dan penerimaan pelajar dengan pembinaan perisian diimplikasikan mampu menarik perhatian dan minat seterusnya mempengaruhi motivasi penerimaan maklumat.
Menurut respondan A berkenaan kelemahan ICT, responden A menyatakan penggunaan ICT tidak dapat menyelesaikan semua masalah dalam P & P. contohnya dalam subjek Matematik, guru perlu menunjukkan secara terperinci untuk melakukan operasi tambah dan tolak tanpa memerlukan bantuan ICGT. Hal ini kerana pelajar lebih memahami apa yang diajar berbanding apa yang terpampang dalam video atau power point yang ditunjukkan oleh guru. Selain itu penggunaan ICT terhad jika terdapat peralatan ICT yang cukup sahaja. Jika berlaku gangguan pada bekalan elektrik terputus ICT tetapi tidak boleh digunakan.
Manakala responden B pula menyatakan bahawa kelemahan ICT ialah tidak membantu dalam semua pembelajaran. Kepada pelajar yang terlalu obsess terhadap penerapan ict berkemungkinan akan mengurangkan rasa keyakinan diri.Bagi responden C, beliau berpendapat bahawa kelemahan ICT adalah pengaksesan kepada peralatan computer, peralatan teknologi serta capaian kepada rangkaian internet mungkin menjadi satu masalah kepada pelajar terutamanya bagi mereka yang berada di kawasan luar bandar. Selain itu, memerlukan infrastruktur yang mencukupi dilengkapi dengan peralatan komputer dan ini memerlukan kos yang tinggi.
Menurut responden D pula,beliau memberitahu bahawa kelemahan ict kerana perisiannya terlalu mahal dan rumit untuk pengajar yang tiada pengalaman mengunakan alat ICT – perlu mengikut perkembangan teknologi semasa. Menurut Responden E pula berkenaan kelemahan ICT adalah Guru juga akan menjadi malas lebih-lebih lagi dengan adanya akses internet dan e-mail. Melalui e-mail mereka boleh menukar hasil kerja mereka dan penghasilan terhadap sesuatu perkara itu tidak menjadi produktif dan kreatif. Selain itu Kaedah pengajaran akan menjadi stereotaip sahaja. Kanak-kanak tidak akan mendapat pembaharuan dalam pembelajaran mereka.
Antara langkah yang dicadangkan oleh responden A untuk mengatasi masalah kelemahan ICT yang dihadapi oleh pihak sekolah adalah dengan menyediakan juruteknik komputer agar computer yang rosak boleh terus dibaiki dan memasang alatan yang berkaitan dengan penggunaan ICT. Manakala responden B pula mencadangkan agar P&P tanpa ICT. Bagi responden C dan D pula, kedua-dua responden ini mencadangkan agar prasarana ICT dinaiktarafkan. Responden E pula mencadangkan agar guru-guru mengikuti kursus kemahiran ICT secara berperingkat dan mendapat sokongan pentadbir, kementerian serta sumber-sumber pakar dalam ICT. Bagaimanapun halangan yang besar adalah guru perlu menyesuaikan diri dengan alat teknologi dan menguasai pedagogi untuk mengurus kelas.
Untuk soalan berkaitan langkah meningkatkan penguasaan sesuatu subjek melalui ICT, responden A bersetuju agar penggunaan ICT digunakan bagi memudahkan pelajar untuk memahami subjek tersebut sekaligus akan meningkatkan penguasaan mereka. Responden B memberikan contoh pengajaran subjek matematik, iaitu menarik perhatian pelajar dengan menggunakan perisian macromedia authorware 7.0. Bagi responden C pula, beliau berpendapat bahawa dengan penggunaan ICT, maklumat boleh diperolehi daripada pelbagai sumber dan boleh memperolehi maklumat yang tepat. Seperti responden B, responden D turut mencadangkan penggunaan perisian yang sesuai untuk pengajaran dalam sesuatu subjek. Manakala responden E pula mencadangkan agar pembelajaran secara tutorial dengan menggunakan perisian yang sesuai disimpan dalam CDROM, cakera padat dan laman web sebagai bahan bantu mengajar.
Daripada soal selidik yang telah dijalankan kepada 5 orang responden, kesemua mereka menyatakan bahawa pelajar memberikan respon positif terhadap penggunaan ICT di dalam kelas. Hal ini demikian kerana, penggunaan ICT dilihat mampu menjadikan sesuatu topik atau mata pelajaran itu menjadi lebih menarik. Sebagai contohnya, dalam mata pelajaran sejarah guru boleh menayangkan cerita-cerita yang terdapat dalam internet berkaitan sub topik yang diajar pada hari itu. Selain itu, pelajar juga tidak mudah bosan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku. Salah seorang responden menyatakan bahawa pelajar teruja untuk meneruskan pembelajaran apabila guru menggunakan kaedah baru atau luar dari kebiasaan pengajaran guru. Pemahaman mereka juga meningkat terhadap sesuatu pelajaran terutamanya apabila kemudahan ICT digunakan di dalam kelas.
Antara kemudahan ICT yang biasanya disediakan oleh pihak sekolah adalah kemudahan internet, makmal komputer, LCD, projektor, dan sebagainya. Seperti yang dapat kita lihat baru-baru ini, kerajaan telah memperuntukkan sebuah laptop kepada setiap pelajar di setiap sekolah di seluruh negara.  Melaluinya, dapatlah disimpulkan bahawa sekolah mahupun kerajaan sedar betapa pentingnya penggunaan ICT di dalam sistem pendidikan kita pada hari ini.  Hal ini demikian kerana, pada zaman dunia tanpa sempadan ini teknologi semakin berkembang dengan pesatnya dan untuk itu kita sebagai pendidik dan juga pelajar juga seharusnya sentiasa mengikuti perkembangannya. Ia untuk memastikan sistem pendidikan kita mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara yang maju dalam  sistem pendidikan.

6.0 Dapatan Kajian
RESPONDEN A
1.      Apakah yang anda faham tentang ICT?
·         ICT adalah Internet, komputer, teknologi dan sumber-sumber ICT yang selalu digunakan adalah Internet, komputer, teknologi.
2.      Sumber-sumber ICT yang selalu digunakan dalam P & P?
·         Youtube, Power point, Microsoft words.
3.      Penggunaan ICT dapat meningkatkan keberkesanan dalam P & P?
·         Penggunaan ICT boleh meningkatkan lagi tumpuan pelajar sewaktu P&P berlangsung. Selain itu, Guru mudah memberikan penerangan berserta contoh apabila menggunakan ICT. Contohnya, untuk menunjukkan amali solat guru boleh menayangkan video berkaitan dengan amali solat kerana melalui grafik pelajar terutamanya pendidikan khas lebih memahami.
4.      Kelebihan ICT?
·         Boleh memberikan contoh-contoh yang menarik dan kreatif. Contohnya untuk menunjukkan kitaran hidup rama-rama guru boleh mencari video tersebut dalam laman sesawang dan menunjukkan kepada pelajar agar mereka lebih memahami apa yang ingin diajar.
5.      Kelemahan ICT?
·         Penggunaan ICT tidak dapat menyelesaikan semua masalah dalam P & P. contohnya dalam subjek Matematik, guru perlu menunjukkan secara terperinci untuk melakukan operasi tambah dan tolak tanpa memerlukan bantuan ICGT. Hal ini kerana pelajar lebih memahami apa yang diajar berbanding apa yang terpampang dalam video atau power point yang ditunjukkan oleh guru. Selain itu penggunaan ICT terhad jika terdapat peralatan ICT yang cukup sahaja. Jika berlaku gangguan pada bekalan elektrik terputus ICT tetap tidak boleh digunakan.
6.      Masalah menggunakan ICT?
·         Masalah terbesar ialah kelengkapan yang tidak mencukupi dan masalah makmal komputer yang tidak mempunyai computer yang cukup bagi semua pelajar dan banyak computer yang rosak tetapi belum dibaiki. Ketiadaan juruteknik computer juga memberi masalah yang besar guru-guru untuk memasang alatan seperti LCD Projektor.
7.      Cara mengatasi ?
·         Setiap sekolah perlu disediakan juruteknik komputer supaya jika ada komputer yang rosak ianya boleh terus dibaiki dan untuk memasang alatan yang berkaitan dengan penggunaan ICT.
8.      Bagaimana penggunaan ICT dapat meningkatkan penguasaan sesuatu subjek?
·         Penguasaan pelajar akan meningkat jika mereka dapat fokus kepada sesuatu subjek yang diajar. Penggunaan ICT yang menarik serta bertepatan dengan subjek yang diajar dapat memudahkan pelajar untuk memahami subjek tersebut sekaligus akan meningkatkan penguasaan mereka.
9.      Respon pelajar terhadap penggunaan ICT di dalam kelas?
·         Lebih tertarik untuk melihat kepada ABM yang disediakan oleh guru.
10.  Sumber kemudahan ICT yang disediakan oleh pihak sekolah?
·         LCD Projektor, Laptop, CD Room, makmal computer.

RESPONDEN B
1.      Apakah yang anda faham tentang ICT?
·         Bahan yang melibatkan teknologi seperti internet.

2.      Sumber-sumber ICT yang selalu digunakan dalam P & P?
·         Lcd, power point, projector, ipad.

3.      Penggunaan ICT dapat meningkatkan keberkesanan dalam P & P?
·         Ya. Sebagai bakal guru, saya sendiri belajar menggunakan teknologi ketika di sekolah. Ict memudahkan pengajaran kerana pembelajaran digunakan dengan menggunakan kaedah maya dan tidak menggunakan tenaga yang lebih.

4.      Kelebihan ICT?
·         Ict dapat membantu guru meningkatkan kepelbagaian pegajaran. Dapat menarik minat pelajar, memudahkan urusan guru mengajar,mengurangkan tenaga guru yang mengajar konsep yang sama bagi kelas yang berbeza.

5.      Kelemahan ICT?
·         Tidak membantu dalam semua pembelajaran. Kepada pelajar yang terlalu opses terhadap penerapan ict berkemungkinan akan mengurangkan rasa keyakinan diri.

6.      Masalah menggunakan ICT?
·         Kekurangan bahan dan saluran untuk mengalirkan penggunaan teknologi di sekolah, terdapat sekolah yang mempunyai kemudahan yang tidak lengkap.

7.      Cara mengatasi ?
·         Meneruskan P&P tanpa ICT.

8.      Bagaimana penggunaan ICT dapat meningkatkan penguasaan sesuatu subjek?
·         Bagi subjek matematik, pelajar yang kurang berminat untuk mengira akan lebih terarah kepada aplikasi lain sebagai menarik perhatian kepada nombor seperti kajian yang telaha dijalankan menerusi perisian macromedia authorware 7.0. pelajar dapat skor dalam ujian yang telah dijalankan bagi matapelajaran matematik.

9.      Respon pelajar terhadap penggunaan ICT di dalam kelas?
·         Pelajar lebih berminat mempelajari sesuatu pengajarn yang baru terutamanay kaedah yang menggunakan medium teknologi.

10.  Sumber kemudahan ICT yang disediakan oleh pihak sekolah?
·         Wifi, lcd, projector, kmputer, dan sebagainya.

RESPONDEN C
1.      APakah yang anda faham tentang ICT?
·         ICT adalah singkatan daripada Information and Communication Technology (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) yang bermaksud merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data yang berkaitan dengan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah : penggunaan computer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.

2.      Sumber-sumber ICT yang selalu digunakan dalam P & P?
·         Power point untuk menarik minat pelajar dari bosan. Selain itu video yang diambil dari youtube untuk dijadikan contoh dan gambaran yang jelas untuk pelajar.

3.      Penggunaan ICT dapat meningkatkan keberkesanan dalam P & P?
·         Setuju, kerana pendidikan sekarang menyarankan proses P &P menggunakan kemudahan ICT, kerana ia mempengaruhi tahap kemahiran pelajar memahami sesuatu subjek.
4.      Kelebihan ICT?
·         Teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat yang digunakan membuat suntingan dengan menggunakan teknologi. Untuk memanipulasikan maklumat dan proses semula imej. Digunakan untuk berkomunikasi iaitu menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima.
5. Kelemahan ICT?
·         Akses kepada peralatan computer, peralatan teknologi serta capaian kepada rangkaian internet mungkin menjadi satu masalah kepada pelajar terutamanya bagi mereka yang berada di kawasan luar bandar.
·         Kadar kelajuan internet yang lemah menyebabkan pelajar tidak dapat melihat semua paparan pada sebuah web pelajaran seperti paparan grafik, imej, dan video clip. Ini menyukarkan capaian kepada isi pelajaran yang disampaikan.
·         Memerlukan infrastruktur yang mencukupi dilengkapi dengan peralatan computer dan ini memerlukan kos yang tinggi.
6.      Masalah menggunakan ICT?
·         Tidak semua tempat mempunyai wireless, aksess tidak semua dapat terutama dikawasan kampong yang masih belum dinaiktarafkan.
7.      Cara mengatasi ?
·         Menaiktarafkan kemudahan untuk mengakses internet, ini memudahkan penduduk kampong mengetahui maklumat.
8.      Bagaimana penggunaan ICT dapat meningkatkan penguasaan sesuatu subjek?
·         Denganpenggunaansesuatusubjek yang dilakukandenganpenggunaan ICT dapat menyediakan dan menyampaikan maklumat dengan lebih tepat iaitu dengan mengakses maklumat daripada pelbagai sumber.
9.      Respon pelajar terhadap penggunaan ICT di dalam kelas?
·         Dapat menumpukan perhatian kerana penggunaan ICT dan perisian yang bagus tidak membosankan.
10.  Sumber kemudahan ICT yang disediakan oleh pihak sekolah?
·         Penyediaan makmal komputer, bilik tayangan video dan juga LCD dalam kelas untuk pembentangan.

RESPONDEN D
1.      APakah yang anda faham tentang ICT?
·         Ict= teknologi maklumat. kaedah atau cara yang digunakan untuk menyebarkan, memcari, memaparkan maklumat mengenai sesuatu perkara atau peristiwa.
2.      Sumber-sumber ICT yang selalu digunakan dalam P & P?
·         Powerpoint, youtube, video, movie yg berkaitan,
3.      PEnggunaan ICT dapat meningkatkan keberkesanan dalam P & P?
·         Setuju, kerana melalui ict pelajar fokuskan visualnya,menyebabkan pelajar tsebut boleh mengingat dengan baik.
4.      Kelebihan ICT?
·         Melalui ICT, dengan mudah gambaran dapat digunakan untuk pengajaran dan meningkatkan memori pelajar.
·         Melalui ICT, dengan mudah pengajar dapat menjelaskan arahan kompleks untuk pemahaman pelajar.
·         Melalui ICT, pengajar boleh membuat sesi interaktif dan membuat pelajaran lebih menarik, yang boleh meningkatkan kehadiran pelajar serta konsentrasi.

5.      Kelemahan ICT?
·         Penyediaan mesin boleh menjadi rumit
·         Terlalu mahal
·         Rumit untuk pengajar yang tiada pengalaman mengunakan alat ICT – perlu mengikut perkembangan teknologi semasa

6.      Masalah menggunakan ICT?
·         Masa terhad, masalah tempat
7.      Cara mengatasi ?
·         Sekolah perlu sediakan prasarana yg baik, gunakan ict untuk bahan pengajaran yang perlu sahaja (focus pada point yg ingin dsampaikan)
8.      Bagaimana penggunaan ICT dapat meningkatkan penguasaan sesuatu subjek?
·         Perisian yg sesuai dgunakan untuk p&p
9.      Respon pelajar terhadap penggunaan ICT di dalam kelas?
·         Pelajar suka- pembelajaran tidak membosankan.
10.  Sumber kemudahan ICT yang disediakan oleh pihak sekolah?
·         Makmal computer sekolah, wireless free di sekolah, pemberian laptop kpd pelajar.

RESPONDEN  E
1.      Apakah yang anda faham tentang ICT?
·         ICT adalah merupakan salah satu kemudahan kepada komunikasi dan teknologi. Ia mempunyai 1001 kebaikan kepada penggunanya dan tidak kurang juga memberi implikasi negatif. Biasanya ICT akan dikaitkan dengan penggunaan komputer dan software-software yang terdapat di dalam nya. Di samping itu, ICT adalah aplikasi-aplikasi yang terdapat secara dalam talian. 
2.      Sumber-sumber ICT yang selalu digunakan dalam P & P?
·         Antara sumber yang selalu digunakan di dalam ICT adalah internet, laman-laman web atau portal pendidikan dan software-software seperti adobe photoshop dan sebagainya. Selain itu, penggunaan slide show semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Video daripada youtube untuk dijadikan sebagai set induksi.
3.      Penggunaan ICT dapat meningkatkan keberkesanan dalam P & P?
·         Ya. Kerana pelajar dilihat amat tertarik dengan pengajaran apabila terdapat ICT yang digunakan sebagai perantara. Selain itu, ia juga memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran supaya berjalan lancar. Contohnya, apabila menggunakan video untuk menerangkan sesuatu proses seperti cara membuat kek, lebih mudah difahami oleh pelajar. Dan guru juga mudah untuk menerangkan dengan lebih jelas.
4.      Kelebihan ICT?
·         Murid boleh memberikan tumpuan kepada melakukan aktiviti pembelajaran yangautentik.
·         Guru boleh mengemuka masalah yang lebih mencabar minda pelajar.
·         Murid dapat meningkat kecekapan dan ketepatan hasil pembelajaran.
·         Boleh melaksana pembelajaran kolaboratif.
·         Tingkat penglibatan murid dalam proses pembelajaran melalui peer group yang bersifatglobal.
·         Boleh melibat pakar di dalam dan luar negeri dalam proses pembelajaran.
5.      Kelemahan ICT?
·         Guru juga akan menjadi malas lebih-lebih lagi dengan adanya akses internet dan e-mail. Melalui e-mail mereka boleh menukar hasil kerja mereka dan penghasilan terhadap sesuatu perkara itu tidak menjadi produktif dan kreatif.
·         Kaedah pengajaran akan menjadi stereotaip sahaja.Kanak-kanak tidak akan mendpat pembaharuan dalam pembelajaran mereka.
·         Semua kanak-kanak akan belajar perkara yang sama dengan cara yang sama. Hal ini secara tidak langsung menjadikan kanak-kanak malas belajar dan cepat menjadi bosan dalam sesi pembelajaran.
·         Jika komputer itu rosak dan mempunyai masalah guru tidak akan dapat mengajar dan menyebabkan kanak-kanak akan memenuhi aktiviti mereka dengan perkara yang tidak berfaedah.
6.      Masalah menggunakan ICT?
·         Ict pada zaman kini merupakan sesuatau yang amat diperlukan dalam pendidikan dan digunakan oleh guru namun tidak semua guru dapat mengaplikasakanict dalam pengajaran mereka. Guru tidak semuanya mahir dalam menggunakan komputer dan kebolehan penggunaan komputer adalah terhad. Mereka tidak diberi latihan yang mencukupi maka komputer yang ada terbiar begitu sahaja dan tidak digunakan ini kan menyebabkan berlakunya pembaziran.
·         Mereka tidak tahu mereka sebenarnya boleh mengaplikasikan pengajaran mereka dengan menggunakan komputer. Sebagai contoh pengajaran bercerita, mereka boleh menggunakan aplikasi Microsoft movie maker untuk digunakan di dalam kelas namun kadangkala jika ianya terlalu kerap digunakan, guru itu akan menjadi malas untuk membuat bahan pengajaran dan memikirkannya kerana kebanyakan maklumat mereka boleh menggunakan teknik ‘copy and paste’. Mereka tidak akan menjadi kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak akan menjadi bosan kerana guru mereka tidak kreatif dalam menyampaikan pengajaran kepada mereka.Mereka tidak akan dapat belajar dengan berkesan. Sebagai contoh guru tersebut hanya meninggalkan kelas dan menyuruh murid untuk melihatnya sahaja tanpa bimbingan khusu daripada guru. Secara tidak langsung guru tidak akan dapat mengesan tahap pencapaian murid dari segi kelemahan dan kebolehan mereka.
7.      Cara mengatasi ?
·         Guru-guru perlu mengikuti kursus kemahiran ICT secara berperingkat-peringkat dan mendapat sokongan dari pentadbir, kementerian serta sumber pakar-pakar dalam ICT yang mendapat kemahiran daripada luar negara. Bagaimanapun halangan yang besar adalah guru perlu menyesuaikan diri dengan alat teknologi dan menguasai pedagogi untuk mengurus kelas.
·         Kay (1990) merumuskan bahawa sikap, kesedaran dan keupayaan aplikasi perisian merupakan cara terbaik untuk menjangka dan meramal komitmen terhadap penggunaan komputer.Woodrow (1991: 165) menjelaskan kesedaran tentang sikap guru pelatih terhadap komputer sebagai " a central in the evaluation of computer course and in the development of computer based curricula". Tanpa persiapan dari aspek sikap, segala perubahan yang dicadangkan akan menghadapi halangan yang paling besar untuk membentuk dan menggerakkan jentera utama perubahan iaitu sumber manusia ke arah menjayakan program perubahan di dalam sesebuah organinasi besar seperti kementerian pendidikan.
8.      Bagaimana penggunaan ICT dapat meningkatkan penguasaan sesuatu subjek?
·         Pembelajaran tutorial ini merangkumi pembelajararanekspositoridimana  guru menyampaikan maklumat kepada murid yang pasif, demonstrasi sesuatu fenomena yang ditunjukkan dan dikawal urutannya oleh sistem dan latihtubi yang juga dikawal oleh sistem. Alat ICT yang selalu digunakan untuk pembelajaran tutorial ialah komputer dan perisian pendidikan samada yang disimpan dalam CD ROM, cakera keras atau laman web.
·         laman Web yang berkaitan dengan  mata pelajaran  boleh digunakan sebagai bahan rujukan para pelajar dan guru. Diantarapelbaagi kemudahan lainnya adalah dengan menggunakan:

E–mail (Mel Eletronik), Internet Relay Chat (IRC), Telnet, Kumpulan Diskusi dan Berita, File Transfer Protocal (FTP), Googel, E-group, E-book, E-journal, Facebook, E-learning, dan Eksiklopedia bebas
9.      Respon pelajar terhadap penggunaan ICT di dalam kelas?
·         Pelajar lebih seronok semasa P&P sedang dijalankan.
·         Pelajar dapat memberikan tumpuan sepenuhnya semasa sesi pengajaran.
·         Terdpat pelajar yang melibatkan diri secara aktif dalam sesi P&P sedang dijalankan.
·         Pelajar mampu memahami dengan lebih mudah.
·         Pelajar mampu melahirkan pemikiran yang kritis dan kreatif.
10.  Sumber kemudahan ICT yang disediakan oleh pihak sekolah?
·         Makmal ICT.
·         Kemudahan internet.
·         Telefon.
·         Projector dan slide .
·         Cd-learning.
·         Library access online

7.0 Perbincangan dan Saranan
Faktor mempengaruhi integrasi ICT
Faktor yang mempengaruhi integrasi ICT dalam bilik darjah ialah pengetahuan dan kesedaran guru tentang kepentingan ICT sebagai salah satu alat bantu mengajar yang berkesan. Pertambahan pengetahuan tentang ICT menyebabkan guru semakin bersemangat untuk mengaplikasinya dalam bilik darjah. Pengintegrasian ICT dalam bilik darjah jelas dapat dilihat melaui penggunaan power point, video, dan laman sesawang sewaktu di dalam P&P. Selain dapat memudah P&P, ICT juga membuka satu lagi ruang ilmu tanpa sempadan. Pelajar hari ini tidak hanya menggunakan buku sebagai alat untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Laman sesawang menjadi salah satu medium bagi pelajar untuk mendapatkan ilmu tambahan dan terkini melebihi apa yang diajar oleh guru sewaktu di dalam kelas. Sudah jelas betapa pentingnya ICT dalam bidang pendidikan masa kini.
Faktor dari perspektif positif, ICT sebagai alat aplikasi apabila membantu murid melaksanakan  tugasan pembelajaran bukan sebagai mekanisme penyaluran maklumat dalam P&P.  Contohnya, penggunaan perisian aplikasi umum seperti pemproses perkataan oleh murid dalam menghasilkan karangan atau penggunaan perisian elektronik untuk mendapatkan maklumat. Ini termasuklah perisian aplikasi khusus seperti editor grafik dan Computer Aided Design (CAD) yang membantu pelajar dalam aktiviti pembelajaran. Walaubagaimanapun, guru kurang pengetahuan dalam mengaplikasikan ICT membawa kesan negatif iaitu guru- guru yang menggunakan aplikasi ICT ini,bukan semua mempunyai kemahiran berkaitan komputer untuk dijadikan sebagai alat bantu mengajar mereka.Tetapi mereka hanya menumpukan terhadap subjek kursus sahaja.Oleh hal demikian, pengetahuan  guru- guru yang berkaitan hal komputer amat lemah sekali dan kemungkinan mereka berasa tidak yakin di dalam mengaplikasikan penggunaan ict dalam P&P.
Implikasi integrasi ICT
            Pengintegrasian ICT dalam bilik darjah memberikan banyak implikasi. Antaranya pelajar lebih memberikan perhatian serta bersemangat untuk belajar. Melalui ICT,P&P di dalam kelas menjadi lebih seronok dan memudahkan pelajar untuk memahami apa yang cuba di ajar oleh guru. Contohnya dalam subjek Geografi, guru ingin menunjukkan pelajar tentang pergerakkan plat tektonik dalam laut sehingga terjadinya tsunami, guru hanya perlu menunjukkan video tentang pergerakkan plat tersebut yang boleh di dapati dalam laman sosial Youtube. Guru tidak perlu bersusah payah memikirkan cara lain untuk memastikan pelajar faham tentang tajuk tersebut. Selain itu, pendedahan awal yang diberikan kepada pelajar tentang penggunaan ICT dalam P&P dapat memberikan gambaran awal kepada para pelajar tentang gaya pengajaran di peringkat Universiti yang 99% menggunakan ICT.
Impikasi ict dalam pembelajaran dan pengajaran adalah untuk memberikan peluang kepada guru untuk memperkenalkan pembelajaran secara kontekstual kepada murid-murid. Pembelajaran ini memfokuskan pembelajaran dalam konteks aktiviti masalah sebenar dan meletakkan pelajar sebagai penyelesai masalah. Melalui penggunaan ICT pelajar dapat menguasai pelbagai kemahiran manipulatif seperti kemahiran pemprosesan perkataan, pangkalan data dan pembentangan dengan menggunakan alat-alat teknologi. Kem\\ahiran dan penguasaan dalam teknologi akan melahirkan pelajar  yang lebih bersedia dan yakin untuk memasuki alam pekerjaan.
Selain itu, menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.Melalui penggunaan alat ICT guru dapat menerangkan kepada pelajar dengan lebih terperinci serta mendalam mengenai sesuatu subjek.Contohnya penggunaan internet sebagai alat untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai dunia pendidikan.Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan pelajar mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta efisen tanpa perlu menunggu masa yang lama seterusnya dapat di gunakan dalam aktiviti pembelajaran.Melalui cara ini kualiti pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan kerana maklumat-maklumat dapat terus di akses kedalam sistem.

8.0 Kesimpulan
Strategi pengajaran antara faktor dalam menentukan kecemerlangan pelajar pendidikan khas. Integrasi ICT dalam P&P merupakan perkara yang penting dan memerlukan sokongan serta usaha yang bersungguh-sungguh di antara pemimpin sekolah, guru, pelajar, dan semua pihak. Sekolah tidak ada pilihan lain melainkan menerima perubahan dan fenomena ICT serta guru-guru perlu cepat menguasai ilmu dan ketrampilan ICT untuk diterapkan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
            Dengan pendedahan yang berterusan ke arah membudayakan penggunaan komputer, ia banyak memberi kelebihan kepada pelajar pendidikan khas untuk bersaing dengan pelajar tipikal. Ini adalah bertujuan mengelakkan pelajar pendidikan khas ketinggalan dalam penggunaan ICT, memandangkan perkembangannya yang terlampau pesat.  Selain itu, melalui penguasaan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran,guru juga mampu menghasilkan kaedah pengajaran yang berkesan dan berketrampilan ke atas sistem pendidikan. Pelajar yang kritis dan kreatif serta analitikal juga dapat dihasilkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan.
            Permulaan terhadap sesuatu pendekatan baru pasti akan menghadapi tempias di sebalik kebaikan mahupun keburukan, begitulah juga menerusi sistem pendidikan yang mengintegrasikan penggunaan ICT di dalam bilik darjah. Kejayaan sesuatu tindakan bermula dengan pemikiran yang merancang secara sistematik. Guru memainkan peranan penting dalam membentuk perubahan kepada sistem pendidikan Negara. Bukan itu sahaja, pihak-pihak lain juga perlu menggalas tanggungjawab ke arah menggalakkan penggunaan ICT agar “kita mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah” dengan Negara maju lain.

9.0 Rujukan
Baharom Mohamad. 2011. Teknologi komunikasi dan maklumat dalam Program Pendidikan Khas Aliran Teknik dan Vokasional di Malaysia. ATIKAN 1(1). [1 Mei 2012].

Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir. 2003. Asas Multimedia dan Aplikasinya dalam Pendidikan. Multimedia dalam Pendidikan. [1 Mei 2012].

Johari Bin Hasan & Siti Norazlina Binti Kamisan. Halangan terhadap penggunaan komputer dan ICT di dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P) di kalangan guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Luar Bandar Di Daerah Kulai Jaya, Johor. Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia.
[1 Mei 2012].

Khairul Anuar bin Abdul Rahman & Norazrena binti Abu Samah. 2011. Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk Pelajar Berkeperluan Khas. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia. Jilid 1, Nombor 2, Jun. 1(2): 39-47. [8 April 2012].

Miyata H & Ishigami M. 2007. Effect of Using Digital Content Designed for PDA as a Teaching Aid in an Observational of Planktons for Fieldworks on a Ship. Advanced Technology for Learning. Jilid 4. Nombor 3. 146-153. [9 Mei 2012].

Mohamad Hasril bin Amiruddin. 2009. Kemudahan, sikap dan kemahiran teknologi maklumat (TMK) dalam kalangan guru-guru Program Pendidikan Khas Sekolah Menengah Teknik di Malaysia. [1 Mei 2012].

Musnaini. Penggunaan ICT Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah. [1 Mei 2012].
Noor Mazlan Ahmad Zanzali & Noraziah binti Kassim@Azizi. Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik di kalangan guru-guru Pelatih UTM. [1 Mei 2012].

Robiah Sidin & Norsakinah Mohamad. 2007. ICT dalam pendidikan : Prospek dan cabaran dalam pembaharuan pedagogi. Pendidikan Jurnal Pendidikan 32: 139-152 139. [1 Mei 2012].

Rusmini ku Ahmad. Integrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. [1 Mei 2012].