Sunday, October 3, 2010

kreatif

Kepintaran berkaitan dengan pemikiran secara penumpuan berdasarkan penggunaan maklumat yang diperolehi dan keazaman yang standard dengan jawapan yang betul. Berlawanan dengan kreatif pula berdasarkan kepada pemikiran dan bukan kepada penumpuan tetapi secara logikal sasaran bukan kepada satu jawapan sahaja tetapi kepada yang baru dan jarang digunakan.

Langkah meningkatkan kreatif :
  • menggalakkan kanak-kanak mengambil risiko
  • menggalakkan kanak-kanak berfikir secara alternatif dengan penumpun yang sederhana
  • puji kanak-kanak kerana bekerja keras
  • bantu kanak-kanak untuk tidak merasakan diri mereka tidak kreatif

Tuesday, September 28, 2010

Model Pemprosesan Kognitif

cara memproses maklumat terbahagi kepada tiga :
  1. memori sensori
  2. memori segera
  3. memori jangka panjang
  • daftar sensori merupakan sistem mengingati stimuli secara cepat, melibatkan penimbal auditori (pendengaran) dan penimbal visual (pengelihatan), maklumat akan hilang melalui kerosakan/kereputan mungkin disebabkan maklumat tidak penting
  • memori segera pula memerlukan perhatian dan pengamatan, melibatkan memori jangka pendek dan memori kerja, didalam memori segera terdapatnya (fungsi, kawalan, eksekutif), contoh : seorang guru menyebut sesuatu angka dan bertanya kepada pelajarnya angka yang telah disebutkannya, pelajar yang dapat menjawab (output) menunjukkan didalam memori terdapatnya memori jangka segera yang boleh memberi respon dengan cepat
  • memori jangka panjang merupakan memori yang lambat di lupakan dan kapasitinya tidak terbatas, melibatkan memori deklaratif (fakta), memori prosedural (angka), serta memori kondisional iaitu pengetahuan dalam hal deklaratif dan prosedural digunakan, memerlukan raptai, organisasi, dan elaborasi agar maklumat tidak hilang

Wednesday, September 22, 2010

Prinsip Am Teori Piaget's

1) Skema
  • kanak-kanak memahami dunia dengan menggunakan skema, struktur psikologi berdasarkan pengalaman sedia ada
  • mental kategori-peristiwa, benba, pengetahuan
  • contoh : mengkategorikan benda berdasarkan aksi seperti makan (garpu, sudu)

2) Assimilasi

  • wujud apabila pengalaman baru bersedia untuk menggantikan skema yang sedia ada
  • contoh : menghisap bukan pada satu benda sahaja, tetapi boleh pada benda lain

3) Akomodasi

  • diubah berdasarkan pengalaman
  • contoh : benda yang boleh dipegang dengan dua tangan tidak kepada satu tangan sahaja, tetapi boleh kepada benda baru

4) Equilibrium

  • apabila asimilasi dan akomodasi dalam keadaan seimbang, mereka merasakan asimilasi lebih berpengalaman dalam skema, tetapi merasakan juga akomodasi perlu dalam meningkatkan pengalaman

5) Equlibration

  • apabila ketidakseimbangan wujud, kanak-kanak lebih menuju kepada skema peringkat keseimbangan

Perkembangan Otak

Perkembangan sistem saraf otak
1)Unit asas otak dan seterusnya dalam sistem saraf ialah neuron-sel-menerima dan memindahkan maklumat
2)Body sel-mengandungi-kelengkapan asas biologi-menyimpan kehidupan neuron
3)Dendrite-penerimaan neuron terakhir-membenarkan neuron menerima input dari beribu-ribu neuron
4)Struktur di akhir sel badan-axon-menghantar maklumat kepada manusia. Disaluti myelin-a'fatty sheath'-membenarkan pemindahan maklumat dengan cepat
5)Small Knobs-terminal button-neurotransmitters-permindahan maklumat dengan cepat
6)Gap-antara neuron dan seterusnya dikenali sebagai synapse
7)Wrinkled surface-otak hadapan
8)Otak kiri dan kanan-hemisphere-dikelilingi berjuta-juta axon-corpus callasom

Fungsi dan Struktur
  • EGG elecroencephalagrom-satu bentuk gelombang otak-kefungsian otak
  • (f-MRI)-magnetic reasonance imaging-darah dalam otak
  • Perubahan wajah dikawal oleh otak kanan manakala otak kiri-bahasa
  • Funsi otak hadapan bermula awal
  • Kerosakan otak hadapan-menghadapi masalah dalam menerima maklumbalas dalam ingatan jangka panjang
  • Memahami tingkah laku-berkaitan pemikiran/maklumat sosial
  • Otak hadapan berfungsi-melahirkan perasaan
  • Emosi yang cenderung kearah kebaikan-otak kiri

Tuesday, September 21, 2010

faktor-faktor yang menyebabkan perkembangan fizikal

1)keturunan
  • mempunyai pengaruh genetik

2)pemakanan dan cara makan

  • makan makanan yang sesuai iaitu banyakkan makan sayur yang berwarna hijau tua terutamanya bagi ibu-ibu yang mengandung
  • minum susu ibu akan mengurangkan kebarangkalian dijangkiti penyakit
  • pemakanan semasa kanak-kanak dan dewasa perlulah mengambil makanan yang seimbang
  • kurang zat makanan akan mengakibatkan muka menjadi cengkung

3)obesity

  • berlaku perlebihan diantara berat dan tinggi
  • berpunca daripada stress
  • kanak-kanak akn menjadi kurang aktif, pergerakan aktif terbatas, dan emosi terjejas
  • dalam penerimaan sosial pula dipulau oleh kawan-kawan
  • mudah murung, cepat marah, serta mempunyai tahap keyakinan yang rendah

perkembangan fizikal

  • merangkumi diri kita iaitu tulang, urat saraf, otak, siapa yang tinggi atau rendah, serta kuat dan perlahan
  • perubahan dalam bentuk badan

=kanak-kanak(ketinggian dan kelebaran)

=perkembangan hormon seks(perempuan, bidang dada ke bawah besar dan lelaki berlaku perubahan pada bidang dada)

=otot-otot berkumpul di bahagian lengan, kaki, dan bawah badan bagi lelaki. Hal ini akan menyebabkan oksigen mengalir dan berlaku penambahan sel darah merah seterusnya menyebabkan lelaki mempunyai banyak tenaga

  • hormon mempengaruhi perkembangan fizikal badan
  • hormon tertentu yang penting ialah growth hormone, akan keluarkan bahan kimia bagi tubuh badan namun apabila dewasa semakin berkurangan. Bahan kimia ini dikawal di bahagian otak pituitary gland. Thyroxine membantu perkembangan otak di leher, sekiranya kanak-kanak tiada thyroxine akan menganggu perkembangan otak

Monday, September 20, 2010

intermodul perseption atau pengamatan silang deria

maksud
  • gerakbalas atau tindakbalas serentak daripada lebih dari modality atau sistem deria
  • bayi baru lahir dilengkapkan dengan kebolehan deria(sentuh, rasa, pendengaran, pengelihatan, dan bau)
  • contoh : guna deria serentak dan menjadikan deria proses dengan lebih aktif
  • walaupun belum matang, tahap perkembangan cukup untuk mempelajari tentang persekitaran memperoleh pengalaman
  • contoh : sesuatu bentuk objek boleh ditentukan samaada kita lihat atau sentuh
  • contoh daun pandan : bayi dapat mengenalpasti bau daun pandan dan warna hijau daun pandan secara serentak

apakah yang dimaksudkan dengan refleks?

  • tindakbalas automatik pada sesuatu ransangan
  • contoh : bayi letak dalam air, kaki akan terangkat
  • ransangan dari aspek belaian, susuan, dan sinaran cahaya(mata kedip-kedip)
  • kepentingan : sentuhan(bayi akan rasa selesa), menyusu(meningkatkan komunikasi antara ibu dan anak)
  • jenis-jenis refleks : eye blink, rooting, sueking, swimming, stepping, tonic neek
  • kenapa perlu tahu jenis-jenis refleks : untuk mengetahui kanak-kanak tersebut normal atau sebaliknya. Sekiranya berlaku kekurangan atau kelebihan pada refleks, baby perlulah dibawa segera berjumpa doktor bagi mendapatkan pemerhatian

masalah pertumbuhan fizikal

1) kekurangan zat makana

  • merosakkan otak
  • memberi kesan terhadap perkembangan otak
  • kurang memberi perhatian

2)anorexia nervosa

  • memuntahkan kembali makanan kerana bimbang terhadap berat badan
  • merosakkan jantung-tanpa perubatan boleh menyebabkan kematian

3)bulimia nervosa

  • memakan makanan yang banyak tetapi pada masa yang sama mengambil ubat-ubatan untuk mengelakkan diri daripada kegemukan seperti mengeluarkan dengan cara cirit-birit

Sunday, September 19, 2010

penyakit kanak-kanak berkeperluan khas

1) autisme :
  • kanak-kanak yang suka hidup dalam dunia mereka sendiri
  • suka melakukan sesuatu secara berulang
  • contoh : gedik-gedikkan kaki dan gonyong pen

2) cerebral palsy :

  • kanak-kanak yang lumpuh anggota badan
  • contoh : tangan kanan tidak berfungsi atau lembut atau mana-mana anggota badan yang lain

3) disleksia :

  • kanak-kanak yang sukar untuk membaca, mengeja, mengira, dan menulis walaupun mempunyai tahap fizikal yang normal
  • contoh : keliru antara 'b' dan 'd', 'n' dan 'u', 'turutan nombor, e-koding pula gagal mengenalpasti suku kata dengan betul

4) sindrom down :

  • penyakit keturunan oleh keromosom tambahan pada kromosom nombor 21 yang terdapat pada kanak-kanak
  • masalah : pertumbuhan yang lambat, sukar untuk belajar, dan bertutur, mudah dapat jangkitan, gangguan fungsi tiroid, kecacatan pertumbuhan perut, barah, masalah pendengaran dan pengelihatan, penyakit jantung kognitif

5) hyperaktif :

  • kecelaruan yang berlaku di kalangan kanak-kanak
  • kurang tumpuan : melakukan banyak kesilapan, bermasalah untuk mengatur aktiviti, sering hilang barang, tidak dapat selesaikan tugas, tidak beri perhatian pada orang yang bercakap, tidak berupaya patuhi arahan, pelupa, mudah hilang perhatian, elakkan diri dari aktiviti yang perlu konsentrasi dan fikiran
  • hyperaktif : tidak boleh duduk diam, banyak cakap, bising waktu main
  • menurut kata hati (impulsive) : jawab dengan spontan soalan yang dianjurkan walaupun soalan tidak habis ditanya, tidak sabar menunggu giliran, sering ganggu rakan lain semasa mereka bercakap dan bermain

cara atasi :

  • beri arahan dengan jelas dan pastikan kanak-kanak beri perhatian dan faham
  • beri pujian setelah selesai membuat sesuatu tugasan
  • beri hadiah agar di hargai
  • kekalkan aktiviti harian bagi mereka biasa dan dapat jangka
  • bina semangat
  • bagi duduk hadapan kelas

kesan :

  • berkelakuan degil, keras kepala, pemarah, dan pembangkang
  • masalah harga diri
  • masalah pembelajaran kerana tidak dapat bagi tumpuan waktu belajar

matlamat pendidikan khas

1) menyuburkan keupayaan jasmani, emosi, sosial, dan intelek kanak-kanak luar biasa
2) memperkembangkan kecekapan ekonomi yang asas supaya kanak-kanak khas menjadi pekerja yan berguna dalam masyarakat
3) mencegah sesuatu ketidakbolehan supaya tidak menjadi suatu kecacatan
4) mengubah sikap negatif terhadap pembelajaran dengan menggembangkan atau memulihkan perasaan yakin diri di kalangan kanak-kanak khas
5) mengeratkan kanak-kanak khas dengan masyarakat biasa supaya mereka dapat diterma oleh masyarakat
syarat kemasukan murid sekolah rendah pendidikan khas :
  • 6-14 tahun @ 4-5 tahun
  • tertakluk kepada pilihan ibu bapa
  • boleh uruskan diri sendiri tanp bantuan orang lain
  • disahkan oleh peramal perubatan

falsafah pendidikan khas

=menyediakan peluang yang sama kepada pelajar-pelajar khas seperti yang diberi kepada pelajar-pelajar biasa

=menyelaraskan sistem pendidikan untuk memenuhi matlamat negara bagi melahirkan masyarakat yang : bersatu padu
:berdisiplin
:terlatih
ke arah mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yng seimbang dan harmoni dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. usaha ini bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang : berilmu pengetahuan
: berakhlak mulia
: bertanggungjawab
: berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
: beri sumbangan terhadap kemakmuran masyarakat dan negara

takrif pendidikan khas

  • program pendidikan khas integrasi disediakan untuk murid-murid keperluan khas yang bermasalah : pembelajaran

: pendengaran

:pengelihatan

  • diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan P&P secara berasingan dan separa inklusif

Sunday, August 29, 2010

perkembangan sebelum lahir...

perkembangan sebelum kelahiran=
satu perubahan yang berlaku daripada persenyawaan telur kepada kelahiran

perkembangan prenatal=38 minggu

terjadi dalam 3 peringkat=

1.pembentukan zigot (1-2 minggu)
>bermula dengan persenyawaan yang dikenali sebagai zigot yang tertanam sendiri di dinding rahim
>selama 2 minggu zigot membesar melalui sel dan bergerak melalui sel dan bergerak menuju salur falapio menuju ke rahim
>minggu pertama zigot akan tiba di rahim ibu
>langkah seterusnya ialah penanaman zigot masuk menuju ke dinding janin dan bertembung dengan saluran darah ibu
>kelompok kecil sel yang berdekatan dengan tengah zigot akan membentuk bayi
>lapisan sel yang dekat di rahim ibu akan membentuk uri-satu struktur yang bertukar membekalkan kepad zat makanan daripada ibu dalam perkembangan organisma

2.pembentukan embrio (3-8 minggu)
>perkembangan struktur organ badan dibentuk
>ectoderm-lapisan luar-membentuk rambut, kulit, sistem saraf
>mesoderm-lapisan tengah-membentuk otot tulang dan sistem circulatory
>endoderm-lapisan dalam yang membentuk paru-paru dalam sistem dalaman badan
>embrio disaluti-amnion-cecair amioniotik/air ketuban memegang embrio dalam kandungan dan melindungi daripada sebarang kerosakan dan tekanan organ dalaman ibu

pembentukan terbahagi kepada 2:
=cepchalocaudal-pertumbuhan daripada kepala sebagai asas ilustrasi yang sedikit
=proximodistal-pertumbuhan bahagian yang berdekatan dengan tengah badan sebelum ilustrasi itu menuju lebih jauh lagi

3.pembentukan janin (9-38 minggu)
>yang akhir dan panjang masanya sebelum kelahiran pembentukan janin-bayi akan bertambah besar dan sistem badan akan mula berfungsi
>lapisan luar yang nipis-vernix yang melindungi janin sepanjang berada di dalam amniotic
>otak berkembang pada masa ini-otak serebrum
>22-28 minggu peringkat lengkap dan boleh melahirkan bayi bila-bila masa yang dikenali sebagi tidak cukup bulan
>bayi yang tidak cukup bulan menghadapi masalah paru-paru-tidak matang-pernafasan
>dimasukkan ke dalam "mobern nontenal intensive care"

Down Syndrome

down syndrome :
kepala, leher, dan hidung adalah kecil daripada biasa -beberapa bulan perkembangan adalah normal -mental dan tingkahlaku mula bergerak perlahan mengikut peringkat kebiasaan

sebab down syndrome :
  • mengandungi lebih daripda 21 kromosom yang terdapat dalam telur
  • down syndrome- umur ibu 20 tahun (1:1000)
  • - umur ibu 40 tahun (1:50)
  • ini berlaku kerana telur telah lama berada dalam ovari sejak perkembangan kelahiran, telur akan rosak dan tidak bermaya, serta persekitaran seperti X-rays yang meroskkan telur

Saturday, August 28, 2010

genetik note...

genetik : tingkahlaku serta sikap psychological yang diwarisi

bentuk tingkahlaku genetik :
>kembar seiras = dari satu telur yang disenyawakan-berpecah menjadi dua
-sama gen, strutur badan, tinggi dan bentik muka.
>kembar tak seiras = dari dua telur dan dua sperma
-hanya setengah gen mereka adalah sama
>kanak-kanak angkat aka mewarisi biologi ibu bapa mereka berbanding ibu bapa angkat mereka
-namun, persekitaran menyebabkan perubahan pada gen kanak-kanak yang mengikut tingkahlaku yang diwarisi ibu bapa angkat mereka

kecacatan genetik :
>disebabkan -kecacatan yang diwarisi
-telur serta sperma kurang atau lebih daripada biasa 23 kromosom

kecacatan biasa berkaitan dengan alelles resesif :
>al bino -kulit sensitif, menghadapi masalah pengelihatan, sensitif dengan cahaya
>cyctisfibrrosis -kesan kepada paru-paru dan saluran jantung
>phenyketonuria (PKU) -amino asid yang terdapat dalam badan merosakkan sistem saraf otak/MR
>tay-sachs diseases -masalah sistem saraf otak, kematian, buta, MR
>hungtinton diseases -penyakit yang membawa maut-yang merosakkan sistem saraf-dijumpai dalam kromosom ke empat
-individu adalah normal semasa kanak-kanak dan dewasa-tetapi pertengahan umur-mula menyerang saraf otot, kecewa dan tidak mengenali dari sendiri

Wednesday, August 25, 2010

NOTA BAB 1...

perkembangan kanak-kanak biasa:
new born (lahir-1 bulan)
infant (1bulan-1 tahun)
toddler (1 tahun-2 tahun)
pre schooler (2 tahun-6 tahun)
school-age child (6 tahun-12 tahun)
remaja (12 tahun-18 tahun)
adult (18 tahun)

perkembangan semulajadi:
tahap 5 peringkat:
0-1 tahun (emosi dan koordinasi)
1-2 tahun (fizikal dan mental)
2-3 tahun (sikap berdikari dan kematangan fizikal)
3-4 tahun (koordinasi/kematangan)
4-5 tahun (mula bercerita)

teori-teori perkembangan:
ahli falsafah Ing-John Locke
#bayi-manusia seperti Tabula Rasa (kosong,ibu bapalah yang akan mencorak)
#pengalaman akan membentuk bayi-remaja-dewasa menjadi individu yang unik
ahli falsafah Perancis-Jean Jacques Rousseau
#bayi telah dianugerahkan dengan sense of justice and morality jangkaan berkembang secara semulajadi jika tidak di halang oleh pengalaman

Tuesday, August 17, 2010

faktor-faktor bayi dalam kandungan mengalami kecacatan

antaranya:
(1) amalan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok serta penyalahgunaan dadah dan alkohol oleh si ibu
(2) faktor genetik daripada kesilapan gen yang diwarisi
(3) si ibu terdedah kepada agen-agen seperti raksa metil, plumbum, radiasi yang dikenalpasti boleh menyebabkan kecacatan kelahiran
(4) ubat-ubatan yang diambil oleh si ibu
(5) jangkitan yang dialami oleh si ibu yang mengandung boleh menjangkiti bayi seperti rubella, toxoplasma, hepatitis, dan sebagainya
(6) umur ibu mengandung iaitu risiko kecacatankelahiran meningkat selepas umur 35 tahun
(7) penyakit yang dialami oleh ibu yang mengandung seperti diabetis, tekanan darah tinggi, penyakit jantung, dan sebagainya

Wednesday, August 4, 2010

Perkembangan dan ciri-ciri kanak-kanak khas

Objektif mempelajari perkembangan dan ciri-ciri kanak-kanak khas adalah bertujuan untuk mengenalpasti konteks perkembangan yang didefinisikan sebagai suatu perubahan yang berlaku pada diri seseorang ketika berada di dalam rahim ibu,selepas lahir,alam persekolahan,alam pekerjaan,alam perkahwinan, mahupun alam kematian....kanak-kanak khas pula merupakan golongan yang berkeperluan khas yang memerlukan bimbingan,kasih sayang,dan perhatian daripada golongan yang tipikal.