Tuesday, September 28, 2010

Model Pemprosesan Kognitif

cara memproses maklumat terbahagi kepada tiga :
  1. memori sensori
  2. memori segera
  3. memori jangka panjang
  • daftar sensori merupakan sistem mengingati stimuli secara cepat, melibatkan penimbal auditori (pendengaran) dan penimbal visual (pengelihatan), maklumat akan hilang melalui kerosakan/kereputan mungkin disebabkan maklumat tidak penting
  • memori segera pula memerlukan perhatian dan pengamatan, melibatkan memori jangka pendek dan memori kerja, didalam memori segera terdapatnya (fungsi, kawalan, eksekutif), contoh : seorang guru menyebut sesuatu angka dan bertanya kepada pelajarnya angka yang telah disebutkannya, pelajar yang dapat menjawab (output) menunjukkan didalam memori terdapatnya memori jangka segera yang boleh memberi respon dengan cepat
  • memori jangka panjang merupakan memori yang lambat di lupakan dan kapasitinya tidak terbatas, melibatkan memori deklaratif (fakta), memori prosedural (angka), serta memori kondisional iaitu pengetahuan dalam hal deklaratif dan prosedural digunakan, memerlukan raptai, organisasi, dan elaborasi agar maklumat tidak hilang

No comments:

Post a Comment